The End Of Diploma
Tuesday 3 April 2018, ϟ 0 shout(s)



Image result for cute tumblr

Hello gaisss. After a very very very longggggggg time tak update blog so hari ni aku update. Dekat setahun la eh aku tak post and ofkos la banyak gila benda nak share. Salah satu halangan takleh update blog sbb takde wifi, maklum la practical tak duduk kolej dah. Bila tak duduk kolej so no wifi. Macam tak caye dah habis practical and dah habis diploma. Rasa macam baru je duk luah perasaan dekat blog sebab ni sebab tu bla bla bla. So habis sem 4 tahun lepas, aku dan grupmate aku dihantar ke Yan, kedah untuk practical selama 10 bulan. Bapak lama kan ? Masetu macam eksaited gila sebab yeayy takyah hadap buku boleh enjoy practical. Duduk rumah sewa, bawak kete pegi situ pegi sini. Anggapan masa tu lah tapi rupanyaaaaa........


Practical life takde la bosan sangat. Boleh cakap 70% best and the rest kurengg alah  biasa lah tu mana ada benda perfect dalam dunia ni kan. So start practical bulan 6 tahun lepas, time tu bulan puasa kira dah kali kedua ah puasa jauh ngan family. 2 tahun lepas puasa kat kolej sebab baru first sem, tahun lepas puasa kat tempat practical. So the good news, tahun ni puasa sebulan kat rumah yeayyyyyyyyy. 5 bulan tanam anggur sebelum sambung degree, insha Allah kalau diberi peluang. So practical, tempat practical aku kat kawasan kg which quite similar dengan hometown aku. Terpikir jugak la dekat Yan ni ada apa je ? Memang takde apa sangat pun, weekende biasa duk umah je maklumla duit pt lambat masuk. Yang kitorang dah pergi time kat Yan : titi hayun, gunung jerai n gi makan sebab sana makanan murah. Yang femes kat sana nasi ayam (batu 17) sumpah sedap, laksa pun okay la (bukan laksa lover) dan bihun sup. Bihun sup kat sana boleh dikatakan every kedai sedap.


So practical buat apa je ? Untuk sem 5 kena siapkan 5 report besar, 40 portfolio (report kecik) dan 2 practical exam (food sampling and ptp). Oh btw aku practical dekat pejabat kesihatan daerah Yan sbb aku ambik kos Sains Kesihatan Persekitaran. Bidang kerja dia lebih kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Sem 5 attach dengan unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, unit Vektor (2 bulan sbb kena belajar siasat kes denggi, buat fogging, dan survey rumah ke rumah), unit perundangan (untuk kes yang tak bayar compound). Untuk sem 6 pulak still kena siapkan 5 report besar, 15 portfolio, satu practical exam dan satu disertasi. Disertasi ni yang pening sebab kena buat survey dan siapkan draf untuk hasilkan buku. Dah siap report tu kena buat presentation untuk final year project (fyp) tapi nasib baik present berkumpulan.


Presentationnya hari ni dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Untuk disertasi pun ada minor correction je and guess whattttt malam ni ada dinner. Yela after this dah susah jumpa hmm. Nanti ada masa and kalau rajin aku update lagi yer. Byeee

Last Semester
Tuesday 28 March 2017, ϟ 0 shout(s)


Related image

Hollaaaa blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com Finally got a chance to update my online diary after a very very veryyyyyyy busy schedule + enjoyable study week  Hahah ekceli dah malas nak study ni sebab ngantuk. Yela lepas makan biasa lah kan. Tadi ada keluar dengan hosmet katanya last hangout together gether ? I guess lah. Tak sangka dah last sem dah sebelum masuk practical bulan 6 nanti. Siapa sangka seorang asma yang dulu menangis nangis tanak sambung course ni tapi Allah sadokan dan kuatkan semangat dia sampai lah ke sem 4 ni dan insha Allah sampai habis sem 6 aminnn.

Haha tetiba rasa macam dewasa :face35: yela gonna turn to 20 this year. Kejap betul masa, rasa macam baru je masuk sem 1 dan guess what, aku sampai ke hari ni takleh nak move on dengan zaman SPM walaupun result takdelah gempak mana hahahaha. Bila cakap pasal sem 1 macam lawak pula yela menangis waktu MDS sebab homesick plus kena dera lagi time tu :face21: First time jauh dengan ma, semua benda kena fikir sendiri. Makan, duit , buku itu ini. Tambah pulak hadap muka muka baru waktu tu dengan cenggeng je bila dapat member tak sekepala time tu tapi alhamdulillah getting closer now. 

Never forget every single things that happen here tak kira la sedih ke happy ke gila ke meroyan ke. Banyak benda belajar bila duduk uitm ni dan salah satunya jadi matang lah  :face35: hahaha kkk poyo je tapi betul la sebab jauh dari parent kan. Pastu bila dah jauh dari parent ni tahu pulak homesick rindu nak makan sedap sedap, dulu dari darjah satu sampai form 5 duduk rumah tak berapa nak syukur haa hambik sekali belajar jauh. Tapi harap nanti dapat sambung degree dekat Puncak Alam, takde jauh sangat hehehe insha Allah.

Uitm jugak turn me to someone yang boleh terima apa itu biologi dan betapa menariknya belajar kimia. Yela waktu form 4 dapat kelas bio pegi lari duduk kelas LK pasalnya...... then masa form 4 n form 5 pulak main main je belajar kimia tapi bila datang sini ha hambek sem 1 repeat balik kimia form 4 n form 5. Meranaaa :face36: Then masuk sem 2 dah suka kimia yeayyyyy . Getting better result semester by semester dan harap result sem ni lagi baik dari sem lepas lah aminnn. Nothing impossible as long as you put effort on it :135:

Pegi mana mana pun mang ade je isu pasal kawan tapi so far okey la but sometimes ada je sentap sampai berair mata tapi itu normal lah kan. Semoga Allah kuatkan hati dan selalu positifkan minda seorang asma aminnnnn. Another 10 month to go fightingggg :x::x::x::x:

Dan setakan duduk uitm ni jugak takde sangkut dengan mana mana jodoh hahaha. Yela coursemate laki pun 4 org je dan kitorang kat sini 3 sem duduk kolej tanpa laki until la sem 4 ni baru laki duduk sekali. Dan kelas aku pulak takde laki dan laki laki kat sini pulak takdenya sedar kewujudan aku wakakakakaka ayat pasrah siaaa :52: Tapi takpelah sebab malas lagi, chill ah muda lagi en enn *sometimes sunyi hmmm ....... Alah tapi sunyi sunyi aku pun melekat je depan laptop layan kdrama ahhahahaha so tak lonely lah kan ?

Tapi takpe, good thing take times. Dear bakal jodoh, ecehhhh :face71: Hope you doing fine like how fine i am, hope you struggling how struggle i am and hope you take care of yourself just how i take care of myself  Pahalll berbunga sia malam niiiiiiii


kkk takde gurau je dah bye :81:

Not Everyone Understand Us
Monday 12 December 2016, ϟ 0 shout(s)


Image result for cute girly tumblr

Haloooo ...... Salam Maulidur Rasul. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke hari ni. Sejak on blog balik ni rajin pulak ye nak menaip ? Dah kira hari hari aku singgah ni but well sementara tak busy dengan kelas assigment test dan sebagainya ni kita buat la hal sendiri dulu ye dok ? Kalau baca pada tajuk tu mesti ada yang fikir "ada problem lah tu", "dia ni kenapa" but no sure still ada silent reader ke tak since dah tuka link blog ni i guess blog ni aku sendiri yang taip dan aku sendiri yang baca hahaha. Btw aku tanak pun tukar link blog ni sebab previous link tu dah ramai yang tahu kut tapi i have to. Sebab aku start menaip balik ni jadi sebab kedua aku tuka tapi sebab utama dia alah....... mana boleh bagitahu :p

Okey back to reality, aku ni poyo je lebih. Tajuk acah dalam bahasa inggeris tapi isi dalam entry bahasa melayu pulak. Bukan apa, tanak tunjukkan grammar yang teruk kat sini, tak sesuai hehe. Nanti aku dah reti siket aku tuliss full english ye *dalam mimpi

As we know, kita ni makin hari makin membesar dan makin dewasa. Tak selamanya akan jadi budak budak dan tak selamanya apa yang kita buat kita nak full support dari orang sekeliling kecuali parent. Itu memang perlu lah. Isu dia sekarang, eceh macam serius pulak hehe. Bila dah masuk uitm ni kira macam i'm being more matured dan boleh berfikir dengan betul. Bukan la maksud aku sebelum ni aku tak fikir dengan betul, kira kat sini aku nak tekankan yang berfikir secara matang dan rasional. Haaa gitu, tak cepat melatah kata orang. Yela masa sekolah dulu, kalau itu sikit terasa, kalau ini sikit merajuk kira macam kalau semua benda tak kena tu ha cepat je badmood.

So the moral of the story *belum habis lagi ye, bila kat sini aku sedar yang kau terasa macam mana pun, kau sakit hati macam mana pun orang takkan kisah. Aku ulang ye , orang takkan kesah ! Unless kau sendiri yang bagitahu "weh aku terasa dengan ni, aku terasa dengan tu, aku sakit hati bla bla bla". Tapi betul lah kan, kalau tak bagi tahu macam mana orang nak tahu kan ? Dan macam mana orang nak kesah kan ? Iya itu betul dan aku tak nafikan lah tapi bagi aku macam susah je. People start to concern when we closed to them, kita tolong dia, kita dengan dia haa itu. Kalau setakat tegur tak tegur aku pun tanak kisah ye dok ?

So bila dah macam tu, mintak sadokan diri lah ye, nak terasa tu terasa lah cuma positifkan balik dalam diri. Kau nak sakit hati dengan orang pun, takde effect dekat orang tu pun, yang sakitnya kau jugak kan ? So itu la sebab aku syok sendiri yang aku ni dah matang sebab kadang tu aku just pendam je. Even sakit setara mana pun setill jugak acah tanak orang tahu haa gitu la. Sebab bagi aku memang la bagus ada orang dengar masalah kita kan cuma kalau dah luah semua pun still rasa lagi beban tu macam takde guna je kan . So macam entry sebelum ni aku pernah sentuh, kalau la kat sini aku rasa macam tu tiga benda je aku buat : first memang doa lah kan sebab dengan Allah je la kita dapat kekuatan tu, second whether aku cakap kat sini ataupun aku tulis dalam buku dan third aku just cari la kawan yang rapat masa sekolah dulu tak pun ma ngan pa ke tapi jarang la aku share dengan ma ngan pa sebab tanak bebankan dorang dengan benda kecik. Cukup la yang sem 1 haritu dan biar lah dorang tahu aku kat sini happy je belajar hahaha.

So mostly aku buat yang first and second jelah. Takpun selalu merengek kat fyza hahaha. Jangan salah faham okey, aku taip malam ni bukan sebab aku terasa dengan sesiapa or aku ada masalah ke apa. Just tetiba datang kat kepala nak re-type entry sebelum ni sebab banyak kot previous entry aku delete hahaha. See you again

new past