9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W.
Saturday 6 April 2013, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum n selamat malam semua ! Fuhhh , fuhh . Banyaknye habuk , baru je 1 hari tinggal . Mana cleaner aku nih ? Lupakan ! Oh aku ada baca buku mastika n aku tertarik dengan artikel pasal tajuk kat atas tuh . So aku nak share lhaa dengan awak-awak semua .
Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a berkata , Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'sesungguhnya aku telah bermimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrak ke langit !'

1 . Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya , maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan berkat ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua-dua ibu bapanya .

2 . Aku telah melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan , kemudian dia diselamatkan keberkatan wuduknya yang sempurna .

3 . Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah kemudian dia diselamatkan oleh keberkatan zikirnya yang ikhlas kepada Allah Taala .

4 . Aku meihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Azab , kemudian dia dilepaskan oleh keberkatan solatnya yang khusyuk dan ikhlas kepada Allah Taala . 

5 . Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat , setiap kali dia mendatangi satu telaga , dia dihalang daripada meminumnya , kemudian dia diberi minum sehingga puas berkat pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah Taala .

6 . Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan , setiap kali dia datang dia akan diusir , kemudian dia dibenarkan menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku berkat mandi junub yang ditepati segala rukunnya .
7 . Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap-gelita di sekelilingnya , sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung , maka datanglah keberkatan haji dan umrahnya yang mabrur lalu mengeluarkannya terang-benderang .

8 . Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya , kemudian sapaan dan bicaranya berbalas berkat akhlaknya yang suka menghubungkan silaturrahim dan menjauhi permusuhan sesama umatku . 

9 . Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya , kemudian terbentenglah muka dan kepalanya daripada sembaran api neraka berkat sedekahnya yang ikhlas kerana Allah Taala .

Nabi Muhammad S.A.W. kemudian bersabda : 'sampaikanlah pesanku ini kepada umatku yang lain walaupun sepotong ayat' .

new past