Barbarossa sebenarnya lanun yang beragama ISLAM !
Wednesday 29 May 2013, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum n selamat petang . Yiehaaa jumpa lagi . Amacam cuti ? Konfem best kan ? Okay-okay , kat sini ada tak yang minat dengan cerita 'Pirates of Carribean' ? Kalau ada sila kenyit mata lima kali . Haha takde-takde , gurau je . Aku pom suka jugak cerita tuh , dengan watak kapten Jack Sparrow yang poyo tuh . Kan ? Ini semua poyo ! Post kali ni ada kaitan dengan cerita 'Pirates of Carribean' . Kenal tak watak Barbarossa dalam cerita tuh ? Kenal-kenal ? Percaya tak yang sebenarnya Barbarossa tuh lanun Islam yang paling popular dulu . Hmm mula-mula aku po tak tahu menahu pasal Barbarossa tuh tapi lepas aku baca Mastika bulan ni , baru lah aku tau . Jom aku baca

Sebenarnya , sekitar abad ke 15 Masihi , bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai Lautan Medditeranean yang mendapat jolokan `Barbarossa Brothers'. Acap kali kapal dagang Eropah yang belayar membawa muatan berharga akan dirompak oleh dua beradik ini di perairan tersebut . Nama Barbarossa amat popular sehingga menggerunkan tentera Salib pimpinan Raja Sepanyol , Raja Ferdinand II . 

Perkataan Barbarossa merupakan gabungan dua perkataan dalam bahasa latin iaitu 'barber' bermaksud janggut dan 'rosaa' bermaksud merah . Nama itu adalah jolokan yang diberi oleh pelayar Eropah terhadap Aruj dan Heyreddin @ Khairaddin , dua beradik yang memiliki janggut kemerah-merahan . Suatu ketika , kapal mereka telah diserang oleh tentera kristian sehingga menggorbankan adik bongsu mereka . Sejak itulah dua beradik ini bertindak merompak kapal-kapal bangsa Eropah yang dikuasai oleh puak Kristian . Penaklukan empayar Islam di Sepanyol dalam Perang Salib telah mengorbankan jutaan nyawa umat Islam telah membangkitkan semangat jihad dua beradik ini . Angkatan laut mereka sukar dicabar dan digeruni pihak musuh .

Hasil hasutan , Sepanyol telah berjaya membuat pemerintah kota Tilmisan berperang dengan Aruj . Dia gugur dalam peperangan itu . Tinggalah Heyreddin berseorangan memimpin angkatan laut ketika itu . Sepanyol menyangkakan benteng Barbarossa ini sudah lemah lalu menghantar 20 ribu tentera ke Aljazair . Sangkaan mereka meleset apabila Heyreddin membuktikan pasukannya masih kuat walaupun Aruj sudah tiada . Dia berjaya mengusir angkatan tentera Sepanyol .

Heyreddin dilantik menjadi khaifah wilayah Aljazair dan mengetuai bebrapa pasukan ketenteraan . Ramai umat Islam di Andalusia berjaya diselamatkan daripada kekejaman tentera salib  di bawah pimpinannya . Itali dan Sepanyol pernah bergabung memimpin 40 buah kapal dengan senjata yang jauh lebih hebat namun dengan kebijaksanaan Heyreddin yang hanya memimpin 20 buah kapal telah berjaya mengalahkan serangan tentera salib . Tentera salib melakukan pelbagai cara untuk mengelak dari bertembung dengan pasukan Barbarossa .
Imej  Barbarossa dimanipulasi :
Imej Barbarossa sebagai pahlawan Islam tidak disenangi oleh negara Barat . Mereka tidak mahu kehandalan Barbarossa menewaskan tentera salib menjadi sebutan . Tambahan pula Barbarossa merupakan penganut Islam . Mereka memulakan manipulasi dengan mewujudkan semula watak baru Barbarossa ciptaan mereka yang melenyapkan gambaran sebenar menerusi watak dalam cerita 'Pirates of Carribean' yang digambarkan sebagai seorang lanun yang jahat  . Segala unsur tang bertentangan dengan watak sebenar Barbarossa dipadankan dengan watak tersebut . Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol dan imej jahat Barbarossa .
Sedangkan bendera sebenar yang digunakan oleh Barbarossa adalah bewarna hijau yang tertulis surah Ash-Shaff iaitu doa Nasrun . Manakal ditengahnya pula terdapat gambar dua pedang bersilang yang mengambil simbol pedang Zulfikar, milik Rasulullah saw . Empat bulatan di tepi pedang itu semua adalah nama empat khalifah Islam iaitu saidina Abu Bakar , Saidina Umar , saidina Uthman dan saidina Ali . 
Kesimpulannya , Barbarossa sebenarnya tidak jahat bahkan wataknya yang baik itu telah dimanipulasikan oleh orang Barat untuk mengelirukan umat Islam . Begitu juga dengan watak kapten Jack Sparrow , dia juga merupakan lanun Islam yang baik . Berbeza dengan apa yang dipaparkan dalam 'Pirates of Carribean' . Cerita tentang kapten Jack Sparrow boleh dicari melalui pak cik GOOGLE yer :)

bendera sebenar yang digunakan Barbarossa
 imej sebenar Barbarossa










new past