Diploma Sains Kesihatan
Wednesday 27 May 2015, ϟ 0 shout(s)



Heyho selamat pagi :sun: Arghh hari ni khamis doh . Isnin ni daftar :wower: Dok puah lagi no duduk umah . Hm hm hm . Tetiba je hari ni update blog pagi pagi . Macam pelik sikit lah . Haha ekceli aku baru buat research pasal kos yang aku dapat dekat uitm tu . Haha memang bagus sebab lagi dua tiga hari nak daftar baru buat researh . Kasi tepuk sikit 


Well sebab selama ni kalau balik flat mesti ada lagi keje yang tak settle , okey agak menipu kat situ padahal hari hari guna internet . Okey lah , cuma malas nak on lappy ni , bila on mesti nak main twitter je . Tu pasal la tak update . Okey menipu lagi walaupun hari hari jenguk blog haha . Okey stop , berdasarkan research aku buat , cieahh ayat macam pro je . Alhamdulillah dapat maklum positif dari ex students yang ambik kos ni . Ada yang kata kos ni senang dari kos yang lain , senang dapat keje , time praktikal orang dah offer  keje . Waaa blogger-emoticon.blogspot.com cerah mata kejap

Tapi yang aku google tadi semua yang aku jumpa , kos untuk 3 tahun tapi aku punya 2 tahun je . Haha lagi cepat lagi bagus .


Kesihatan persekitaran adalah sebahagian dari kesihatan awam yang berkaitan dengan kesan-kesan faktor persekitaran kepada kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, termasuk kualiti air dan udara, pengurusan sisa buangan, perumahan, pencemaran tanah, kualiti makanan dan penyakit berjangkit.

Program 3 tahun Diploma Kesihatan Persekitaran ini bermatlamat untuk menyediakan pelajar dengan latihan yang lengkap didalam bidang kesihatan persekitaran iaitu udara, kualiti air dan makanan, pencemaran tanah, pencemaran bunyi, kawalan perosak, perumahan dan penggunaan bahan merbahaya. Program ini juga bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan lengkap agar pelajar berkebolehan untuk menangani isu-isu yang berkaitdan dengan kesihatan persekitaran.

Program ini juga menekankan aspek kemahiran akademik dan komunikasi, prinsip-prinsip tingkahlaku manusia, kebolehan untuk menyelesaikan masalah. Program ini juga bertujuan mendorong pemahaman dan komitmen pelajar akan kepentingan profesion didalam masyarakat. Namun begitu, aspek yang paling penting adalah dedikasi dan cita-cita pelajar untuk bersama membantu memelihara alam sekitar demi kepentingan sejagat.
Apa itu Kesihatan Persekitaran?
Kajian kesihatan persekitaran adalah sebahagian dari kesihatan awam yang berkaitan antara individu dan persekitaran mereka dengan objektif untuk mencapai kehidupan yang sihat dan selamat.

Fungsi Kesihatan Persekitaran?

  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
  • Kawalan Vektor
  • Kawalan Kualiti Makanan
  • Kawalan Kualiti Air Minuman
  • Bekalan Air Luar Bandar
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Kesihatan AM
  • Siasatan dan Aduan
  • Kesihatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang
  • Pengawasan di Pintu Masuk
  • Pelaksanaan
  • Promosi Kesihatan dan Pendidikan
Syarat Kemasukan
  • SPM dengan minimum 3 kredit, diwajibkan satu kredit dalam subjek sains dan Lulus BM
  • 'O' Level atau setaraf.
  • Lepasan STPM digalakkan memohon.
Setelah menamatkan pengajian, terdapat banyak peluang pekerjaan seperti:
1. Kementerian Kesihatan
2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Juga boleh berkhidmat di:
a. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
b. Kementerian Sumber Manusia.
c. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
d. Kementerian Pertahanan.

Sektor Swasta:
a. Industri Pembangunan
b. Industri Perkilangan
c. Sektor Perkhidmatan
d. Pihak Berkuasa Pelabuhan
e. Syarikat Pengurusan sisa padu
f. Pembangunan tanah, dsb.

Modul Program

Tahun 1
  • Bahasa Inggeris untuk Asas Sains
  • Kimia
  • Pengenalan Kesihatan
  • Aplikasi Komputer
  • Pengenalan Kesihatan Persekitaran
  • Bekalan dan Kualiti Air
  • Epidemiologi dan Biostatistik
  • Anatomi dan Fisiologi
  • Pengenalan Toksikologi Persekitaran
  • Bahasa Kebangsaan A/B
  • Pelupusan Air Buangan dan Pembentungan
  • Pengajian Malaysia
  • Pengajian Islam / Pendidikan Moral
Tahun 2
  • Kualiti Makanan dan Keselamatan
  • Undang-Undang dan Tatacara Undang-Undang Kesihatan Persekitaran
  • Penggunaan Tanah, Perumahan dan Isu Alam Sekitar
  • Tanah dan Hidrologi
  • Mikrobiologi Perubatan 1
  • Kebersihan Makanan
  • Kawalan Vektor dan Perosak
  • Kawalan dan Pencegahan Penyakit
  • Penilaian Kesan Kesihatan alam Sekitar
  • Mikrobiologi Perubatan 2
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
Tahun 3
  • Latihan Praktikal 1
  • Latihan Praktikal 2
  • Komunikasi Penjagaan Kesihatan
  • Promosi Kesihatan dan Pendidikan
haa tu je yang aku mampu copy . okey copy aje sebab aku memang malas nak menaip panjang panjang . Till we meet again *lambai tangan

new past