After a month became UITM student
Tuesday 14 July 2015, ϟ 0 shout(s)

Heyhoo . Long time no see . miss me or nah ? Haha dun really care if u dun miss me , am i have reader on my blog ? I hope so . Maaf la ya , entry kali ni takde emoji yang aje ajet cute tu sebab aku guna lappy abang aku . Aku punya lappy masuk spital sebab nak beranak . Haha ok not funny at all . First of all nak ucap selamat menyambut ramadhan al mubarak , yeah i know ramadhan just to the end tapi memandangkan aku baru berkesempatan nak lepas rindu dekat blog aku ni , so tak salah kan ? Happy Eid Mubarak too . Hah cane feedback jadi student u ? wahh feedback bagai , macam orang jual produk aje
2/6/15 :
This date aku register sebagai student uitm pulau pinang kampus bertam . Agak ramai hamba Allah pada masa tu , dan nasib agak tidak menyebelahi aku sebab hari first daftar tu dah start orientasi . Pukul 3 , aku masa tu tengah duduk dalam bilik hantar beg tiba tiba dengar akak senior cakap "pantas siswi pantas" . Aduhh dah kenapa cepat sangat , dan disuruhnya berkumpul tengah tengah panas . Nasib baik diorang suruh bawak payung , mau hangus lagi aku ni . Dah sedia maklum hangusnya . Masa tu aku rasa agak sedih sebab tak sempat nak salam cium tangan family aku , dah diorang panggil cepat sangat . Sambil jalan tu aku cari kelibat family aku , aku pon curi curi keluar barisan , pi salam cium tangan family aku . Fuhh sempat
Sepanjang MDS tu , aku rasa budak budak yang baru daftar macam aku ni dah kena latih macam tentera pulak . Aceceh , semua benda nak kena cepat . Time makan lagi la , sapa yang dapat makan dalam masa 5 minit tu dah kira heaven ok . Bayangkan kitorang kena beratur panjang , bila dapat makan pastuh baru je nak duduk , diorang cakap "pantas siswi pantas " aduh makk , tak kenyang la makan macam ni . Aku time makan memang suku je nasi aku ambik , tu pon tak habis lagi tahu tak . Nak cepat punya pasal . lauk pun banyak membazir , alahai sorry lauk , sorry nasi
Lepas 4 hari MDS , budak budak sains kena kemas balik barang diorang , nak pindah ke Bertam . Situlah tempat kitorang belajar , tempat kitorang habiskan sisa selama 3 tahun nanti . Not bad la sebab kolej bertam baru lagi , baru siap katakan haha . Tapi masa MDS tu kan , serius kena serang dengan homesick . Nages nages ingat kat parent kat umah . Haha mana penah duduk asrama sebelum ni woiii
Tapi okay lah since roommate aku semua sporting . 3 orang sama course ngan aku , 4 orang lagi budak MLT . First and second week tu lecturer tak bapa masuk sangat . Suka lah kan kelas asyik batal je , tak sedar nanti bertimbun timbun kelas nak kena ganti balik . Setakat ni aku rasa subjek yang susah sikit , anatomy and physiology . Susah la pasalnya aku tak ambek bio hari tu . Dah elok elok dapat kelas bio , pi tukar ambik engeneering . Sekali masuk Bertam kena blaja bio jugak . Padan muka aku ! Blank aku masuk kelas anatomy . Pabenda lecturer cakap ni , pabenda la yang dia tunjuk ni . Pabendaaaa !! Tapi lama lama aku dah boleh terima subjek tu sebab subjek cuma banyak menghafal , tak faham pon takpe . Madam cakap lah haha
Okay la , banyak je benda aku nak cerita tapi aku penat nak menaip panjang panjang . Pemalas bukan ? Jumpa lagi , babai

new past