Sahabat
Friday 22 January 2016, ϟ 0 shout(s)



Hai hai hai hai hai hai dan haiiii . Pergh pergh aku rasa memang dah lama pun dah tak membebel kat blog ni haa . Bukak pun taktahu nak update apa sebab macam takde idea langsung pastu bila nak update dia macam rasa malas tu datang berpuak puak tambah dengan tak sempat dengan keje haa jugak belambak lambat dengan lecturer jugak berebut nak buat test dan quiz sebagainya la. So memandangkan kem pbsm yg sepatutnya ada hari ni di"canclekan" jadi boleh ler aku update . Dari semalam lagi nak update tapi semalam buat apa ha , pegi usrah pastu balik tengok Jwanita pastu tidooo

So memandangkan semalam ada usrah , i got something yg agak familiar dgn kita dan sememangnya menarik untuk dishare . Act semalam Kak Faradi bagi task pasal Ciri Ciri Khusus Islam so lepastu baru la dia bukak cerita pasal SAHABAT . Tapi bukan semalam je padahal selalu jumpa memang akak Faradi akan cakap pasal sahabat . So semalam agak menarik sebab kitorang kena pegang tangan memasing pasti dengan suara manja dan ikhlas kena cakap"awakkk , saya sayang awak . Awak la sahabat saya dunia akhirat" ha lepastu aku dah lupa apabenda lagi ayat seterusnya . Dia macam agak tak ikhlas la sebab memasing pakat malu plus segan lagi lagi aku yang kena perli teruk dengan akak Faradi semalam yela sebab gatai gi main kenyit kenyit mata dekat dini sape suruh hahahaha.

Hmm so pasal sahabat , memang orang cakap nak dapat sahabat tu susah sebab sahabat ni jenis yang boleh stay dengan kita , jenis yang boleh dengan masalah kita , boleh tolong kita , boleh selesakan kita , boleh bimbing kita dan sebagainya la . Bagi aku lah kan , aku kalau dulu memang tanak ada sahabat or bff or kawan rapat semua benda tulah haaa sebab aku macam tak caya la , ade ke orang yg macam tu ? Ada ke orang yang boleh ambik berat pasal aku ? Persepsi yang salah lah kan sebab aku pikir macam tu sebab dulu masa form 1 aku ada kawan baik lepastu dia tuka sekolah sebab dia kena sekolah petang pastu tak dapat tukar pagi . Dah tak contact pun lepas tu even aku selalu je kacau dia kat fesbuk time tu tapi hm yelah manusia kan

Time form 2 aku pun ada la kawan yang aku selalu bersama semua tu . Agak lama jugak la aku rapat dengan dia sampai form 3 . Pastu aku time form 3 gak rapat dengan partner yang duduk sebelah aku kat dalam kelas ha , kitorang memang share habis semua benda la sampaikan orang kata aku dengan dia dah macam kembar pastu dia kenkadang ade la juga dengki kalau aku tak layan dia ke apa haa . Tapi bila form 4 dah tak sama kelas , dia jadi dah tak rapat dengan aku pastu memang sedih gila bila dia suka cakap belakang pasal aku and banyak lagi laa hmm dah malas nak cakap buruk ke apa sebab aku dengan dia pun memang dah okey sekarang ni . Okey pun sebab dia la yang mula tegur aku dekat wechat bila dah lepas spm ha . Pastu bila dah masuk form 4 , barulah aku sedar yang aku dah ada bff iaitu bhah or i prefer panggil biey . Kitorang memang dah dari sekolah rendah satu sekolah pastu time skolah menengah pun satu kelas cuma tulah tak rapat

Bila dah selalu semua benda buat dengan dia , first first takut gak nak share pape dengan dia yela takut la jadi yg macam kawan aku time form 3 tuhaa tapi Alhamdulillah sampai sekarang dia jaga rahsia aku . Dia yang selalu bekap aku time skolah , tambah lagi rumah lama aku dengan dia dulu dekat so memang dia pun selalu datang rumah . Pastu selalu bawak aku gi rempit lagi lagi time nak gi kelas . Pastu time aku nak pindah rumah tu , selalu gak la bawak aku lepas , teman aku gi mana mana , and selalu bawak aku pusing kampung malam malam dan nasib baik la parent aku tak marah kalau aku dengan dia . So sekarang ni aku dah jauh , dah tak selalu jumpa , dan dia pun busy dengan sekolah so kitorang pun dah jarang nak chat tiap tiap hari macam dulu . Kenkadang ada gak rasa disisikan tapi dia pandai la pujuk . Kadang kadang free dia ws laa , dah sekali wsh penuh gossip la

Dan aku dulu pun ada la jugak kawan rapat laki , kawan yang selalu support aku , dengar problem aku , selalu lepas sesama . Tapi aku dah stop la nak rapat dengan dia sebab banyak faktor la . Tapi at least kawan biasa tu boleh la . Even si biey tu busy , rasa terharu gak ada dua org junior yg kadang kadang sudi dengar problem , sudi layan aku , sudi dibuli . Even selalu rasa keseorangan tapi in fact aku ada family aku , aku ada dorang tapi nak lawan rasa lonely tu susah

Bila dah duduk pineng , semua lain . New environment kata orang so kawan pun kena cari baru . Idk why i didnt feel like im alive here . Dulu sem satu , aku agak tak boleh nak adapt dengan orang orang kat sini sebab bagi aku dia sangat lain sebab yelah masa sekolah dulu kalau datang sekolah , dah tau sape yang akan teman . Tapi bila kat sini kenkandang kena bersendiri . Dan aku penah masa sem 1 dulu aku jauhkan diri dari orang . Tapi sebabkan aku buat centu , orang pulak yang menjauhkan dari aku dan housemate aku pun . Aku perasan dorang tak selesa dengan aku time tu so ada jurang perbezaan la masatu dan aku seriusly sedih . And i'll be like tiap tiap malam selalu nages , nages pun bukan dalam bilik tapi duduk kat tangga sorang sorang . Idk tak boleh nak lean on kat sape sape kat sini . Dan aku tak tahu kenapa aku macam tu , mungkin sebab aku tak boleh nak adapt lagi ?

So bila dan sem 2 ni , aku try tanak dah sisihkan diri aku sebab bila aku sisihkan pun aku rasa macam takde yang kisah pun , Takde yang nak "kenapa jauhkan diri ? kenapa dah lain ?" dia macam , lantak la nak jadi apa pun kat aku . Idk why i felt that way even housemate , classmate aku kat sini semua baik baik . Aku try nak adapt dengan keadaan kat ni bila  dah new sem ni tapi sumpah sakit gila bila kesan dari sem satu tu ada . Sakit gila bila kenkadang benda tu depan mata , being like kena ignore ke apa haa . Tapi aku jela kot yang rasa macam tu . Aku kalau tak pikir pasal parent ke , memang aku dah stop bcos im not strong enough . I cant pretend like i dont care tapi benda tu .. hm

new past