Kuat
Thursday 18 February 2016, ϟ 0 shout(s)


Image result for cute girly tumblr

Hey hey hey dan heyyyy . Dah lama dah tak mengupdate . Dia macam time rasa nak update tu ada je idea pastu time tu jugak la nak buat ni la nak buat tu lah ada keje ni lah pastu malas la pabenda semua tulah . Pastu bila dah ada sikit kelapangan tu , mula la taktahu nak tulis apa . Benda yang aku fikirkan sebelum ni entah lesap ke mana dah haih lain kali kena tulis kat buku ni nak post apa kat blog baru la tak lupa , ye ke idok ? Hm tapi dah kalau terlanjur tulis dekat buku haa , macam tulis diary la pulak pastu malas dah la nak type balik kat sini . Dan aku pun main hentam jela tajuk post aku hari ni dan aku pun tak tahu la kaitan kat mana post aku kali ni dengan tajuk ni haa .

So.....hm aku tak tahu la cemana nak mulakan ni haa even kat atas dah panjang dah pun . 2016 tahun pertambahan usia yang ke 19 even befday aku pun lagi dan mungkin lah kot jadi lebih matang . MUNGKIN hahahahahaha . Matang dalam semua benda , matang dalam handle masalah , matang dalam buat keputusan dan kalau boleh matang dalam semua benda lah . Bila dah duduk jauh dari parent ni , dia punya cabaran ujian halangan rintangan dan dugaan tu punya la power even aku rasa macam tak mampu nak hadap adalah hahahaha *sory takde emoji dah . Pastu bila dah ada problem ke bila ada kesulitan ke apa benda , saat tu lah aku tunggu masa nak jatuh betul betul hahaha yela selama ni kan kalau ada masalah kat sekolah pun at least balik rumah beban tu takde la berat sangat bila dah ada family dengan kita kan tapi bila dah jauh ni sumpah susah gila bagi aku .

Even dulu takde la aku share mana ngn parent aku pasal masalah kat sekolah ke apa kan , kalau kes berat yang buat aku segan dan takot nak bagitahu tu memang aku takkan bagitahu la sebab aku lebih suka pendam je . Haa tulah orang cakap 'ada masalah share lah weh' tapi disebalik ayat tu , betul ke orang akan concern pasal kita ? betul ke dia boleh rasa apa yang kita rasa or just sekadar nak buat kita rasa yang ada orang dengan kita ? Dan aku rasa aku teruk gila dah sejak habis sekolah ni haa bila pegang kuat kuat pendirian tanak share pape masalah selain dr parent aku . 

Ha okey jom sambung balik sebab tadi aku gi beli beger . Aduh dah taktahu nak mulakan dari mana haaa hish . Okey lepas tu emmm apa eh , aduhhh.... Seriusly la mang selalu pun ada masalah sejak jauh dari parent ni first mang homesick yang tu wajib la , yang kedua tu hmm adalah ahahah . Pastu aku dahla mang susah nak cayekan orang kalau nak share masalah ha . Kalau setakat share cerita best best tu boleh lah dan aku kalau mesra and rapat dengan kawan yang ada sekarang ni pun seriusly aku takde pun cerita pasal masalah aku hahaha okey teruk . Dan kenkadang adalah dorang tanya tapi bila aku cakap takde pape tu , so sampai situ jelah . Maybe dorang pun tanak paksa aku kan so takpelah benda kecik je . Betul lah orang cakap alam universiti ni mencabar gila sebab kita jumpa macam macam ragam manusia dan takkan ada dah manusia yang macam time skolah skolah dulu dan tu aku berani jamin lah kot . Bila status dipandang tinggi , rupa kefemesan tu semua ha , buat aku macam hmphhh nak ada kawan pun susah ?

Pastu pulak bila ada yang acah concern , tanak tanya depan depan tapi tanya through media sosial je so kau rasa ? Ikhlas ke macam tu hahaha astaga apa aku cakap ni . Pastu perasaan bila kau cakap hmph tanak teruskan lah yang tu hahahaha . So kesimpulannya , jadi la femes baru orang akan nak kawan dengan kau , sibuk nak care pasal kau hahaah ayat takleh blah . Tapi at least aku takde kot yang macam tu , harapnya walaupun dalam hati ni .... uhuk uhuk batuk pulak hish . Kalau dulu kan senang jela ada problem nak share terus dengan orang yang rapat dengan aku tapi sekarang dia macam lebih berhati hati dan aku jujur lah tak berani pun nak share masalah aku dengan sapa sapa kat sini hahahaah so kalau aku tak tahan pun aku just nages je . Yelah orang cakap nages tu bukan sebab kita lemah dan kalau nages tu boleh buat kita sedar apa salah kita , buat kita lagi ingat dekat Tuhan so nages jelah kan ? So aku kalau dalam situasi yang macam tu aku just nages , tido , baca quran dan ngadu dekat Tuhan je since orang cakap lebih baik kita mengadu dekat Tuhan je kalau tak percayakan sesiapa .

Dan aku rasa tu menjadi kot sebab selalu bila aku dah buat macam tu , lepas tu aku just fikir positif je pasal orang yang sakitkan hati aku tu . Dia macam kira pujuk diri sendiri la , aku just cakap 'maybe dia buat macam tu sbb tak sengaja kot , tak perasan kot , aku yang sensitif lebih kot' sebab kan kalau aku just nak buat hal sendiri dia macam takde effect pape pun sebab dah kawan ramai kan pastu setakakt hilang sorang tu macam benda kecik je so aku just sabarkan jelah selagi mampu . Dan nak jadi kuat pun kena la jadi lemah dulu sebab dari lemah tulah kita motivate untuk berubah jadi kuat . So time aku nages ke apa aku just cakap 'nages jela , nanti dah sampai masa kau cukup kuat , takde dah kau nak bazirkan masa nak menangis dengan benda macam ni' dan sekarang pun kalau susah mana pun kita tu sebab kita kena uji . Dan takkan Tuhan buat kita ni hidup untuk kena pijak dengan orang je dan akan ada satu masa bila kita diberi peluang untuk melawan orang yang memijak kita tapi jangan lah dengan cara tak baik kan . Kita semua manusia, kekurangan banyak dan memang takkan ada orang yang tak buat salah.

Hmm macam tulah kot aku nak cakap . Kalau pun dorang mintak maaf , aku still maafkan yela sebab buat apa nak dendam ? Dah orang rendahkan diri mintak maaf ngn kita kan ? So em semoga aku terus kuat lahh hahaha amin dan doakan aku ok bai :*

new past