Motivate
Friday 26 February 2016, ϟ 0 shout(s)



Oit oit oittt oittttttt....... kurang hajo ea sekarang dah tanak bagi salam . Okey Assalamualaikum w.b.t okey hari ni sy nak lancarkan satu produk di mana bila kamu menggunakannya kamu aku jadi em , em jadi emm jadi apa eh ? Aku pun belum tahu apa akan jadi dan aku pun tak tahu produk apa . Eeeeeeeee apa hal . So em aku sebenarnya memang tengah rajin nak menaip , kalau ikotkan tadi nak buat report pasal field trip tp wassep kak nik mintak jawapan yang aku tanyakan haritu still no respond dan aku agak yang tadi tu kak nik tengah tido tak ? So aku pun join sekaki dengan harapan pukul 3 boleh la buat keje tapi bukak wassep still takde jugak so aku pun sambung tido balik . Haa bagus la tido petang lama lama pastu malam ni tak boleh tido ha pastu scroll twitter lama lama bukan reti nak study . Bagus bagus bagus , orang yang perangai macam ni lah yang kena ubah dengan segera . Hmm malam ni tengok la awal ke tak tidonya dah la esok kena gi pauh untuk envi punya program . Pukul 7.15 dah nak kena naik bas , kau rasa ? Asal event pape je kena gi pauh dahla bas satu je . Terhad , kadang kadang tu dah semangat bagi nama nak join aktiviti apa apa kat sana eh alih alih bas tak datang ambik . Kau rasa ? Selalu la budak budak bertam ni dipimggirkan aih tulah yang bila buat program kat sana awal awal orang macam tanak pegi sebab takot jadi macam ni tapi bila dah submit nama lain pulak jadinya aih.

Tapi aku kira syukur la kemudahan yang ada kat sini , sunyi takde gangguan dari keta keta kat jalan besau sana haa . Se jeni yang sukakan kesunyian sesuai sangat datang sini hahahahah. Hmph tak yang sekarang ni aku still melalut entah ke mana ni , nak cerita pasal apa sebenarnya ni ? Nak share pasal benda happy rasanya takde yelah dah ada orang yang rajin baca post aku semalam cakap aku punya post lately sedih je . Lol serius sedih ? Alah actually bukan sy punya life cycle ecehhh life cycle kau hahaha , haa aku punya kisah hidup ni bak kata bhah 'macam novel , buat novel laku ni' hishh dia ingat aku apa ? Em rindu bhah , mana nak ingat aku dah okey sumpah sedih. Proceed !

So em haritu ada la aku sembang dengan classmate aku dan dia memang seorang yang happening gila dalam kelas , kecoh , suka buat orang ketawa dan boleh diakatakan semua orang suka dia la , suka kawan dia dan sebagainya. Dia time nak buat grup pape takyah nak fikir nak geng sapa sebab memang orang akan grab dia ahahah . So dia ngan aku okey je , takde nak anti ngan aku ke apa yelah budak baik takdenya nak memilih kawan sangat . Dan kalau sembang ngan dia memang macam macam benda la keluar dan time tu aku ngan dia duk bukak cerita pasal zaman  kecik kecik dulu la . Apa yang kitorang main time kecik semua lah macam best lak hahaha . Okey aku time kecik pun boleh tahan lasak dia, bila dah keluar main mana reti nak balik rumah . Kalau reti pun time nak makan pastu sambung gi main balik . Panas cene pun tak kisah lantak pi la nak hitam ke nak tebaki terus ke tapi sekarang ha gedik je lebih kena panas sikir kecoh takot muka burn la apalah padahal memang dah hitam pun.

So tetiba la si kawan aku tu cakap 'aku tengok life kau best je , rilex je , tenang macam takde pape' dan aku time tu senyum dan gelak hambar jelah . 'Ish manade , aku biasa jelah' dan lepastu dia pun cerita la jugak pasal dia ni kenkadang ada la masalah ni , tu tapi takde la dia nak cerita detail kat aku dan aku malas la nak tanya lebih lebih takot nanti orang cakap busy body pulak haaaaaa . 'kau macam takde masalah je , lek je aku tengok' haa kepala hotak je takde masalah . Mana ada manusia kat dunia ni takde problem . Yang beza dia problem tu berat dengan tak berat je . So memandangkan tahap kematangan dah meninggi acewah so aku cakap 'mengarut takde , aku ada jelah masalah cuma kalau aku terasa dengan orang cemana pun aku still kena fikir positif pasal orang tu sebab aku jugak yang lagi sakit hati nanti' so dia kata 'cemana do kau positif' dan aku dah lupa ayat dia lepastu so aku pun tak berapa ingat aku cakap apa dan dia lebih kurang macam ni lah 'terasa dengan orang tu memang la ada tapi aku lepastu just fikir benda baik yang dia buat kat aku selama ni . Sebab kita nak duduk lama lagi la hari hari jumpa nak tanak takkan sebab benda macam tu je nak fikir lebih ke apa' ish macam pelik je ? Takpelah dia macam lebih kurang macam tu ah

Teka apa ? Dia pun cakap yang sem lepas dia pun penah cakap kat mak dia yang dia nak quit halamakk sama macam aku pulak hikhikhik . So dia cakap time tu memang mak dia nak datang ambik pastu aku tengok sekarang dah okey Alhamdulillah dan aku pun dah boleh adapt WALAUPUN bukan seratus peratus la . So time dia cerita tu aku pun cakap 'hm ade je yang ada masalah macam aku tapi still tahan dan kenapa aku tak boleh jadi macam tu kan?' dan dia pulak cakap untung aku ada life macam ni . Dah pulak tapi betul ah , dia dalam kelas buat orang happy tapi dalam hati dia ? Harap kau kuat beb senang cerita kita dua bia sama sama kuat ah hahhahaa . So motivate dia , bila dah ada masalah tu jangan anggap kita je yang tengah hadap masalah tu , orang lain mungkin ada yang lagi teruk . Ingat ye asma , jangan nak selalu downkan diri tu . Kot ya pun nak pujuk diri jangan la sampai mood tu dah tak reti nak pilih dah hahaha okey cuak . Bye

new past