Kem PBSM
Thursday 10 March 2016, ϟ 0 shout(s)

Haluuuuuuuu   haaa nampak tak pape perubahan untuk post kali ni ? Ehemm yeahh emoji comeback  Actually terasa terajin nak letak emoji kali ni sebab nampak betapa suramnya post selama ni sebab emoji takde dan sebab takde emoji gak la post post sebelum ni dilabelkan sedih oleh juri tetap aku iaitu FYZA ! Okey proceed ! So memandangkan  hari ni dah settle test untuk epid even kena study untuk chemist pulak tapi tetap nak tunaikan hajat nak post . Dah lama kot nak update cuma tak berkesempatan dan tengah mencari idea nak post apa dan tingggg !!! Dapat idea nak share pengalaman kem PBSM dekat Titi Hayun , Yan kedah baru baru ni . 3 hari 2 malam beb which is .... em sabo sabo nanti aku panjangkan post ni *maaf jika berlaku sebarang typo

Okey sebenarnya kem ni dari bulan 1 takpun bulan 2 lepas tapi disebabkan bas tak cukup untuk student bertam dengan pauh , so budak pauh la yang pegi dulu . Takpe takpe benda dah lepas jangan ungkit . Ingatkan tak jadi pegi dah sebab em lama gila kot nak tunggu lepasan dari pihak atasan tu cewah aku cakap macam hape je . So start dengan first day ye
4/3/2016  JUMAAT : So kalau ikotkan perancangkannya budak budak bertam ni bertolak dalam pukul 3.30 petang la dan budak budak laki bertam yang stay kat pauh katanya kena naik bas pukul 3 . I mean ayat Encik Nizam , pukul 3 tayar dah bergolek . Punya la kan semua siswi kat bertam ni eksaited nak gi kem ni ha , sebelum 3.30 dah berkumpul dekat FC dimana kita dapat lihat lautan merah pada ketika  itu dan basnya tak sampai sampai jugak until pukul 4 lebih kot dan satu masalah lagi bila bas tak cukup . Ha kau rasa ? Dah 3 biji bas pun still tak cukup so terpaksa la sumbat sumbat jugak i mean kena share seat la dan kebetulan la time tu aku dapat bas laki . Nasib la laki tak ramai dan disebabkan komander cakap "ha awk kecik pi duduk belakang" pfffttttttt okey takpe , kecik ye. So dalam sejam lebih gak la perjalanan nak ke sana tu
Dah sampai sana tu memang wajib la angkat barang sendiri , apa ingat barang tu boleh jalan sendiri ? Nasib aku sado hehe  termalu pulak . So kitorang kena kumpul ikut plantun pastu pecah pilih grup khemah dan pasang la khemas tu sendiri . Tbh tu first time aku pacakkan khemah dan nasib baik tegak dah tahan untuk 3 hari . Waaa rasa macam bangga jap ah . So sebelum solat tu kem kom gitau yang kat situ takde air, i mean air sungai kering sebab panas sangat so haritu kitorang tak diberi kebenaran nak mandi . Katanya kita busuk sesama okey sumpah tak selesa gak la sebab dah peluh peluh en . So solat asar jemaah . Dah alang alang solat asar pun dah dekat gila ngan time maghrib so kem kom suruh stay kat situ je , settle solat maghrib dia suruh beratur dan kira nombor la nak bahagikan kumpulan lagi . Aku no empat dan nasib baik la dapat satu group dengan orang yang aku kenal . Dapat pulak ketua kumpulan yang em perangai Ya Allah macam budak budak . Muka je matang . So time tu kitorang kena bincang nama kumpulan , cheer dan nak buat drama apa untuk malam esok ni . 
Nak tau tak nama kumpulan aku apa ? Haaa mestilah nak kan hehe . So nama kumpulan aku ULTRAS dan taktau macam mana si hazim tu boleh terpikir nak bagi nama tu dan cheer pun aku malu ah nak gitau so biarkan jela kitorang yang dekat kem tu je yang tahu yer . Malam tu kira best gak la sebab setiap kumpulan nama group pelik pelik pastu cheer pun comel comel . Ada yang nama sleeping koala la h dan satu kumpulan tu , sebab dia sorang je laki dan ada 13 perempuan , korang rasa dia namakan kumpulan dia apa ? Sumpah kelakar dia punya reaction time tu . Kumpulan tu tak silap nama 13 madu , haa ambik kau . Pastu si anas cakap "13 bini , ahh pening" haha dia punya gaya tu comel . So lepas isyak tu kitorang just makan megi sebab chef tak sempat nak masak makan malam.
5/3/2016  SABTU : Mesti tertanya tanya gak kan hari ni mandi ke tak ? Kau tahu tak betapa cuaknya bila time kitorang tido ada orang pi curi air yang dah kumpul dalam banyak banyak baldi tu dia guna untuk mandi . Mang pagi tu tak boleh mandi la just lapkan badan je . Cuci muka berus gigi dengan ambik wuduk . Serius cuak dengan eeee sabo jelah . So hari ni mulalah kitorang punya amali , pagi tu buat senam robik yang tah pape la kem kom tu buat kitorang just ikot je tapi jujurnya aku takdelah ikot sampai habis ke apa so dah lepastu makan dan kelas start . First kelas pasal balutan . hmm dapat full mark untuk group tu kira okey lah kan hahaha okey belagak !
Sementara nak tunggu check point kedua tu sempat la kitorang discuss nak buat drama pasal apa . Ops belum boleh bagitau . Tungguuuu . So second check point pasal balutan jugak cuma kali ni aku tengok kitorang punya model dah macam half mumia dah berbalut sana berbalut sini dan last check point best sebab pasal cpr . Tapi takde la buat betul betul just tahu steps dia dan buat mana yang perlu je . Full mark lagi yesss hahah padahal aku berani jamin dalam ramai ramai tu ada je yang tak tahu buat dan orang tu mesti aku hehehehe  so memandangkan kelas habis awal so kem kom suruh prektis untuk persembahan malam tu . Wahh aku pun ada watak dalam cerita tu hahaha , pegi kutip baldi dengan daun kering yang tah kat mana mana je . So lepastu kem kom bagi mandi air sungaii yeayyy . Dia rasa macam dah lama gila tak mandi walaupun baru semalaman . Dah dapat mandi tu terus hyper
Okey malam tu kitorang punya persembahan lepas solat isyak . Siap ada juri dengan pengacara lagi haaa . Kitorang punya turn no 8 . Best gak la yang first grup tu dorang buat pasal bini biniku gengster eh haa rasanya la . Part paling best bila una ada , "unaaa abang dah balik" pastu yang tak sangka sangka una punya dialog panggil jai tu "abangg...." haha semua orang duk jerit kat dia , Kecoh habis . So sampai la turn kitorang buat persembahan . So malam tu group aku buat pasal pendekar bujang lapuk . Kitorang ambik scene yang dalam perigi buta , rumah usang , kubur dengan last scene tu . Aku dengan budak MLT terlibat dalam scene first tu dimana emmm  hahaha aduh tengok video sendiri pun rasa "ee kesian usman kena dengan aku" haha lol . Ha ingat tak yang scene dalam perigi tu yang ajis kena baling dengan apabenda tah so malam tu aku ni kira macam ditugaskan kena serkupkan kepala si usman dengan baldi la . Yelah bila dah gabra en , plan lain jadi lain hahaha okey serius tak tipu . Aku punya gabra tu , baldi yang sepatutnya diserkup aku pi baling dan unluckily kepala si usman tu betul betul masuk dalam baldi tu . Dan bunyi baldi kena baling dekat kepala dia kuat gila sampai orang jerit "wuishhh sakit tuh" hahaha lol aku pun lepas tu "ehh apa aku buat ni" even sebelum tu si usman cakap "kau jangan baling kuat kuat tau , sakit kepala aku"  So malam tu kitorang dapat no 2
Tiba tiba lepastu ada kejadian yang tak disangka sangka berlaku . Encik Nizam mengamuk sebab dapat tahu yang komander buat hal , ditangkap sebab berdua duaan dengan sorang siswi . Haa marah gila Encik Nizam time tu pastu yang terkejut bila dapat tahu yang komander cakap dia kena dengan housemate aku sendiri . Aku pun pelik gak ah sebab petang tu dia dengan kitorang sesama gi mandi sungai tapi tetiba kena tangkap ? Sampai dua dua kena halau balik ha malam tu tapi rupa rupanya prank je . Sebab befday dia hahaha aku pulak cuak . Tak sangka prank sampai macam tu , kitorang just mintak kem kom buat wish je
 6/3/2016  AHAD : Macam biasa la , senam robik pastu mulakan kelas kawad unsungkan . Yang ni best sebab kitorang kena simbah air dengan kem kom dan konco konconya . Time lalu ikot sungai tu aku sumpah mengelat sebab aku tanak tudung aku basah plus nanti aku dh takdek tudung nak pakai time penutup nanti . Time kem kom attack group kitorang yang kena protect mangsa kat pengusung tu aku ambik kesempatan lari . Yeayy tak basah so selamat tudung aku . Sampaikan orang tanya "ni asal tak basah"
Tapi leapstu ingatkan selamat ke apa , dorang suruh kitroang baring atas tanah . Bayangkan la aku time tu pakai tudung putih dan tinggal satu tudung tu je yang ada , pastu kem kom pi baling air ha memang basah la . Pi balin pasir la , dan serius semua basah dan kotor time tu . Dan tudung kau kotor gila time tu tapi nasib kotor yang tak teruk. Dah habis dikotorkan tu so kitorang kena kemaskan barang dan turunkan khemah . Lepas zohor majlis penutup lepastu balik . Ha dah sampai rumah aku la yang first first cari bilik air . Lepastu basuh semua baju , kemas barang . Selagi tak settle semua tu memang aku tak tenang.
So kat sini nak cakap kem tu sangat best even tak mandi dan even takde air ke apa . Dan sekarang ni aku dalam proses nak kutip semua video malam tu , wish me luck

new past