Interview SPA
Thursday 21 April 2016, ϟ 0 shout(s)



Haiii...... k setiap kali bukak post baru mesti akan tulis 'lama tak post' , 'lama tak update' hmm tapi betul kot . Kalau nak post hari hari haa kekeringan idea lak , kalau post seminggu sekali tu pun belum tentu ada cerita atau idea ha . So sekarang memandangkan sedang berada di rumah yang mempunyai wifi , boleh ler aye update sikit . Haa memandangkan exam dah habis dan cuti sem selama 2 bulan (agaknya lah) dah start so mereput la kat rumah tunggu apoiment braces yang tak tahu bila nak habis haa . Pat laaa , ingat best ke makan nasi dengan kuah kosong je ? Makan oat je ? Ish ish ish merungut pulak dah ha

Em so hari ni aku ada pergi interview separa perubatan (spa) dan aku memang la pilih jawatan yang sama aku ambik . Penolong pegawai kesihatan persekitaran . Hmmm bunyi pun macam best dah tapi memang best pun kos ni . Haaaa best sangat sampaikan kelaut nak study water supply last paper hari tu . Dengan subjek tu ha yang susah , last paper pulak tuh dan berempat je kat rumah memang susah la mood nak datang haa . Tapi syukur la sebab water supply punya paper takde KBAT macam epid yang tiba tiba bagi table pastu taktau nak apa . Benda dah lepas biaq pi lah kan *sory sebab malas gila nak letak emoji so agak suram sikit

So haritu bila dah lulus exam online haa , aku rasa selain aku ma la yang paling eksaited ha . Baru je bape hari balik haritu , tengah lek lek baca novel pastu kena marah sebab tak study . Lek ahh , lagi bape hari kot tapi sebenarnya taktau nak study apa plus dengan data ha tengah tengah malam baru nak elok . Ingat rajin nak study tengah tengah malam ? Em yelah time final dulu rajin ah hahaha . So memandangkan dah ambik kos yang sama dengan apa yang ditemuduga haa , senang la sikit . Prepare pasal tugas tugas IK , HIV , AIDS , leptospirosis , kolera , Tibi , strok haba dan ada lah sikit pasal sistem tubuh badan manusia ni . Ekceli best la sebab belajar bahasa melayu dan macam cepat je paham hahaha okey belagak .

So semalam dalam pukul 11.30 habis buat revision kononnya lah , ehh kena marah lagi sebab pukul 12 belum tido . Alaa lek ah , dia taktau kot aku kat sana ha pukul bape tido . So hari ni mng bangun awal ah , maksudnya bangun dan tak tido balik .Dah otw pegi sana macam cuak gak ah , neves en . First time lagi . Dapat bilik no 2 pastu no 17 . Kira macam tak lama sangat la tadi sebab yelah en , ni dah sesi terakhir . Aku punya kawan awal semua iv nya ha tah kenapa aku je yang hari ni tapi takpelah sebab dah settle . So tadi masuk , ada dua orang tuan . Dia macam lawak gak ah , bagi aku lah kot em sebab hipokrit . Maksudnya jaga perangai hahaha . So dorang mintak kenalkan diri , latar belakang keluarga , latar belakang ma ngan pa . Yang tu okey lagi la sebab senang en . Lepas dah jawab tu ha macam terbayang "nak psycho apa la lepas ni , mati lah aku ceni"

Memang expert la soalan yang dia akan tanya pasal tugas IK , so okay lah kan sebab dah tahu . Pastu tanya pasal isu semasa which is penyakit sekarang dan berkaitan dengan alam sekitar . Aku cerita pasa apa tu haa , cuaca panas dan kat pineng dorang bakar pokok tengah panas . Seriusly wehh , sampaikan bomba datang kan zira  ? Tapi takde la bomba tu pasang siren tidak haa semangat aku buat sama . Dan second last soalan dia tanya "okey awak tahu kan jawatan IK ni pun macam mana , Inspektor kesihatan kot , dahla sy tengok awak ni lemah lembut haa" okey serius tak tipu bila dia cakap centu , aku gelak dulu hahaha . Wehh zira , kau baca en ? Aku lemah lembut ke beb ? Haa kalau lemah lembut tu boleh dah kot aku cari bakal suami hahaha

So aku jawab "em sy bukan macam ni lah , depan tuan tuan je kot hahaha . Em sebab sy rasa jawatan ni , kebanyakkan IK yang buat keje keje pemantauan kat luar ni semua laki , jadi sy pun rasa nak fight jugak la sebab tanak la setakat keje dalam office je" ambikk kau . Bapak belagak hahaha , so lepastu dia tanya apa lagi eh , "so asma setakat ni jelah" dan aku kalau boleh time tu nak lompat lompat je sebab dah habis tapi behave . Still dinilai

Nak lepas neves kononnya haa , petang tadi gi lepak ngan mimi dekat BB . Makan cendol yang em manis siott urghhh . Dahla kurang minum air kosong , pastu minum benda manis memang laa . Dehydration la nanti ye , Kurang air katanya , okey gedik !

new past