A Day Trip
Sunday 11 December 2016, ϟ 0 shout(s)


Image result for cute girly tumblr

Hello and happy sunday ! Rasa awkward bila start menaip balik ni hahaha cakap macam 10 tahun tinggal dunia blogger je *poyo

So semalam aku join pergi trip ke pineng dengan group HBU Encik Sobri. Pergi batu feringgih, taman negara pineng dan padang kota. Kalau ikutkan minggu ni macam nak balik ganu je yelah sebab cuti sampai isnin kut dan alang alang tu boleh pergi appoiment terus tapi doctor pulak tak cuti so terpaksa balik minggu ni even agak penat sebab balik jumaat pastu ahad balik bertam balik dengan isnin paginya tu ada  test lagi. Nak balik minggu depan kang takleh gak sebab doctor tu cuti krismas sampai selasa dan rabu aku ada kelas. Dan rasa sayang nak tinggal kelas sebab dah sem 4 ni subject semua susah. Sekali tinggal kelas blur  pulak lagi lagi Law.

So first destination pegi batu feringgih sebab ikut tentatif ada sukaneka kat situ. Sampai dalam pukul 10 kalau tak silap , makan makan dulu pastu baru start game. Boleh tahan best jugak la sukaneka tu even game simple simple je. Have fun sungguh dan kebetulan tempat yang kitorang main game tu dekat dengan even wedding chinese kut dan dia punya theme tu sangat lah cantik, ala ala garden gitu. Dah ada even centu depan mata, sempat la dorang duk usha lagi lagi perempuan kan faham faham jelah.

Dah lepas main game dan bbq tu, dalam pukul 2 gerak gi taman negara. At first aku macam tak setuju kot nak pergi hiking yela dalam otak ni duk pikir nak panjat bukit tengah tengah panas memang tak lah kan, muka ni pun dah burn lagi la burn kalau hiking waktu cenggitu even kat besut selalu je hiking sebelum ni hahaha. Dah sampai taman negara tu, tbh first time la aku ke sana dan tempat dia besar gila dan kebetulan sabtu memang orang cuti en, so ramai jugak la lagi lagi orang luar. So bila dah start hiking tu rupanya tak panas langsung pun dan hiking yang semalam tu bukan la panjat bukit sangat. Dia macam laluan explorace tu. Tujuannya adalah nak ke monkey beach je. Dia macam pantai ke pantai tapi kena lalu ikut hutan.

So dalam 1 jam 40 minit kalau tak silap, sampai dekat monkey beach tu. So faham la kenapa monkey beach sebab ramai gila monyet. Salah sorang kawan aku bawak makanan, sampai je dekat pantai tu, monyet tu curi makanan dia dan paling sadis monyet tu selamber je makan depan kitorang. Tak malu betul, dan ada ynag duk ambik seluar budak kecik ha kesian budak tu. Dah sampai situ, ada la sesetengahnya main banana boat aku tak join la since tak gemar benda macam tu. Bukan takut or tak berani cuma memang tanak. Alah lagipun dekat bukit kluang pun ada. Nanti ajak la ma pa ijad pegi ke kan hahah.

Dah penat penat semua tu, lepas maghrib gerak gi padang kota. Singgah makan je sebenarnya sebab kat situ bukan ada pape pun tapi semalam dekat situ ada apa apa. Sebab malam tu ada faizal tahir buat konsert . Hafiz hamidun pun ada dan ramai jugak lah. Boleh tahan jammed semalam. So sampai kolej pun dah pukul 11 lebih . Seharian berjalan boleh tahan penat dia sampaikan terseliuh kaki ha. So itu aje bye



new past