The End Of Diploma
Tuesday 3 April 2018, ϟ 0 shout(s)



Image result for cute tumblr

Hello gaisss. After a very very very longggggggg time tak update blog so hari ni aku update. Dekat setahun la eh aku tak post and ofkos la banyak gila benda nak share. Salah satu halangan takleh update blog sbb takde wifi, maklum la practical tak duduk kolej dah. Bila tak duduk kolej so no wifi. Macam tak caye dah habis practical and dah habis diploma. Rasa macam baru je duk luah perasaan dekat blog sebab ni sebab tu bla bla bla. So habis sem 4 tahun lepas, aku dan grupmate aku dihantar ke Yan, kedah untuk practical selama 10 bulan. Bapak lama kan ? Masetu macam eksaited gila sebab yeayy takyah hadap buku boleh enjoy practical. Duduk rumah sewa, bawak kete pegi situ pegi sini. Anggapan masa tu lah tapi rupanyaaaaa........


Practical life takde la bosan sangat. Boleh cakap 70% best and the rest kurengg alah  biasa lah tu mana ada benda perfect dalam dunia ni kan. So start practical bulan 6 tahun lepas, time tu bulan puasa kira dah kali kedua ah puasa jauh ngan family. 2 tahun lepas puasa kat kolej sebab baru first sem, tahun lepas puasa kat tempat practical. So the good news, tahun ni puasa sebulan kat rumah yeayyyyyyyyy. 5 bulan tanam anggur sebelum sambung degree, insha Allah kalau diberi peluang. So practical, tempat practical aku kat kawasan kg which quite similar dengan hometown aku. Terpikir jugak la dekat Yan ni ada apa je ? Memang takde apa sangat pun, weekende biasa duk umah je maklumla duit pt lambat masuk. Yang kitorang dah pergi time kat Yan : titi hayun, gunung jerai n gi makan sebab sana makanan murah. Yang femes kat sana nasi ayam (batu 17) sumpah sedap, laksa pun okay la (bukan laksa lover) dan bihun sup. Bihun sup kat sana boleh dikatakan every kedai sedap.


So practical buat apa je ? Untuk sem 5 kena siapkan 5 report besar, 40 portfolio (report kecik) dan 2 practical exam (food sampling and ptp). Oh btw aku practical dekat pejabat kesihatan daerah Yan sbb aku ambik kos Sains Kesihatan Persekitaran. Bidang kerja dia lebih kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Sem 5 attach dengan unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, unit Vektor (2 bulan sbb kena belajar siasat kes denggi, buat fogging, dan survey rumah ke rumah), unit perundangan (untuk kes yang tak bayar compound). Untuk sem 6 pulak still kena siapkan 5 report besar, 15 portfolio, satu practical exam dan satu disertasi. Disertasi ni yang pening sebab kena buat survey dan siapkan draf untuk hasilkan buku. Dah siap report tu kena buat presentation untuk final year project (fyp) tapi nasib baik present berkumpulan.


Presentationnya hari ni dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Untuk disertasi pun ada minor correction je and guess whattttt malam ni ada dinner. Yela after this dah susah jumpa hmm. Nanti ada masa and kalau rajin aku update lagi yer. Byeee

new past